PENGUNAAN PENJODOH BILANGAN
 (Sila klik pada penjodoh bilangan)

BATANG Digunakan untuk menunjukkan benda-benda yang panjang atau pendek
BENTUK Digunakan  untuk benda-benda kecil yang berkeluk
BIJI Digunakan  untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil.
BILAH Digunakan  untuk benda-benda yang tajam.
BUAH Digunakan  untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu
BUKU Digunakan  untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah
CUBIT Digunakan untuk benda yang diambil sedikit dengan mencubit
CUCUK Digunakan untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi
DAS Digunakan untuk bunyi letupan atau tembakan
EKOR Digunakan untuk semua jenis binatang
GUGUS Digunakan untuk buah-buah ataupun benda yang berangkai
GULUNG Digunakan untuk benda-benda yang bergulung
HELAI Digunakan untuk benda-benda yang nipis, halus
JAMBAK Digunakan untuk bunga atau benda yang bertangkai yang banyak.
KAKI Digunakan untuk benda-benda yang bertangkai
KEPING Digunakan untuk benda-benda yang nipis atau pipih
KUNTUM Digunakan untuk bunga
LARAS Digunakan untuk senjata api
LONGGOK Digunakan untuk benda-benda yang berada dalam longgok
PASANG Digunakan untuk benda dan manusia yang berpasangan
RUAS Digunakan  untuk benda yang beruas-ruas
RUMPUN Digunakan untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat
SIKAT Digunakan untuk buah pisang
TANDAN Digunakan untuk buah-buahan yang bertandan
TONGKOL Digunakan untuk buah yang bertongkol
ULAS Digunakan untuk isi buah-buahan yang berpangsa
UTAS Digunakan untuk benda-benda yang panjang

biji       sikat       tandan


kuntum       rumpun       jambak



buah       laras       biji



helai      pasang       bentuk



keping       helai       biji


Ibu memasukkan beberapa ______ garam ke 

dalam gulai ikan.



biji        buku      cubit



Polis melepaskan dua _______ tembakan ke udara untuk meleraikan pergaduhan.


das       biji       laras


Zaini makan sepuluh ______ durian di dusun 

Pak Hasan.


biji       buah       ulas


Atuk menunjukkan se______ senapang antiknya kepada kami.

laras      biji       buah


Roslan membelikan se_______ bunga ros merah dan putih untuk isterinya sempena hari lahir isterinya.

kuntum       jambak       helai



Sila klik di sini

Sila klik di sini














Sila klik di sini



Sila klik di sini